Panas melampau, penduduk tunjuk bukti air telaga di Kelantan dah kering
Siapa sangka fenomena El Nino dengan panas berterusan menyebabkan banyak telaga mulai kekeringan air sehingga memaksa penduduk membuat penggalian semula bagi mencari sumber mata air.
Menerusi perkongsian video di TikTok @marjanyoe, individu yang berasal dari Kelantan itu berkata, telaga buatan di rumahnya kering buat kali pertama setelah sekian lama tinggal di sana.
“Sekat (sejak) duduk rumah peninggalan arwah ayah ni, tak pernah lagi telaga buatan ini kering. Tapi akibat kemarau berpanjangan akhirnya kering juga setelah berpuluh tahun,” tulisnya di dalam video.
Melalui video itu juga, kelihatan lapisan tanah lumpur yang tebal di dasar telaga sehingga menghalang punca air daripada keluar.
“Jadi terpaksa lah ranyaa (sentuh) semula telaga ni, buang selut kedodok (tanah lumpur), gali dalam sikit nak suruh ada air,” ujarnya.
Meninjau di ruangan komen, ternyata ramai yang meluahkan perkara sama mendakwa telaga di kawasan mereka juga semakin kering.
“Kito pun baru jah buat boring sari duo umah baru ni sebab tak ada air telago dah. Tapinya naik air karat bau busuk sangat. Sekso weh air tak dok langsung,” komen akaun siput.
“Telaga rumah saya di Kampung Pak Badol pun kering juga, tak pernah kering sepanjang tinggal di sini, ini kali pertama,” ujar Mohd Syafiq897.
“Kita dua bulan lebih dah tiada air di rumah, mandi di rumah orang saja. Sabar dengan ujian yang Allah bagi,” komen Ariel Saidi.
BACA JUGA Kebebasan Media: Malaysia di kedudukan 107, jauh lebih baik berbanding zaman PN