Disimbah asid: Menteri kecam keganasan terhadap atlet

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh mengutuk keganasan yang berlaku kepada pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim.

“Saya mengecam sekeras-kerasnya keganasan terhadap atlet.

No violence in sports!” tegasnya di platform X.

Sehubungan itu, beliau meminta Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk segera mengambil tindakan terhadap penjenayah terbabit.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, mengesahkan pihaknya menerima maklumat daripada orang awam memaklumkan Faisal cedera disimbah cecair dipercayai asid.

Menurutnya, maklumat itu diterima melalui panggilan kecemasan 999 pada jam 5.52 petang tadi.

Jelasnya, mangsa dilaporkan kini berada dalam keadaan stabil dengan menerima rawatan di sebuah hospital di Petaling Jaya.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes itu boleh menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya melalui talian 03-79662222 bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan.

BACA JUGA Polis terima maklumat daripada orang awam, Faisal belum buat laporan polis