Melecur tahap dua – Ini keadaan pemain bola sepak kebangsaan

Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Selangor, Mohd Najwan Halimi, mengesahkan Faisal Halim, mengalami kecederaan lecur tahap dua akibat disimbah cecair dipercayai asid di sebuah pasar raya di Kota Damansara, petang tadi.

Menurutnya, pemain bola sepak kebangsaan serta Selangor FC itu melecur pada bahagian sekitar leher, bahu, lengan dan dada.

Penjaring Gol Tercantik Piala Asia tersebut kini sedang dirawat di sebuah hospital dan berada dalam keadaan stabil, jelasnya dalam satu kenyataan.

Katanya, beliau telah berhubung dengan pihak pengurusan Selangor FC dan dimaklumkan bahawa pemain sayap kebangsaan itu.

Dalam masa sama, Najwan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Anggerik sekali gus mengecam keras serangan itu dan mahu polis menjalankan siasatan, sekali gus membawa pelaku ke muka pengadilan.

“Didoakan agar saudara Faisal diberikan kekuatan dan semangat dalam menghadapi musibah ini, serta dikurniakan kesembuhan segera,” katanya lagi.

BACA JUGA Disimbah asid: Menteri kecam keganasan terhadap atlet