PN anggap kenaikan gaji berita buruk kepada pengundi Kuala Kubu Baharu

Tular sedutan ceramah seorang pemimpin muda Perikatan Nasional (PN) sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu (KKB) berkenaan isu kenaikan gaji penjawat awam.

Ketua Pemuda PN, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal menyifatkan pengumuman Perdana Menteri berkenaan isu tersebut sebagai berita buruk.

Berita buruk kepada pengundi-pengundi Kuala Kubu Bharu.

“Walaupun Perdana Menteri mengumumkan bahawa penjawat awam akan menerima kenaikan gaji 15 peratus bukan esok tapi 1 Disember nanti.

“1 Disember nanti maksudnya ia (kenaikan gaji) akan masuk dalam Belanjawan 2025.

“Apakah Datuk Seri Anwar Ibrahim rasa yakin beliau dapat luluskan Belanjawan ini?” soalnya.

Wan Ahmad Fayhsal

Susulan itu, rata-rata menyelar kenyataan Wan Ahmad Fayhsal yang juga Ahli Parlimen Machang berkenaan termasuk berpendapat dia seperti sudah habis modal untuk kempen di KKB.

Pengguna TikTok, Azura Manja pula menulis, “Ahli-ahli Parlimen pembangkang heboh nak peruntukan tapi gaji kakitangan awam nak naik pun tak sokong?”

Tidak kurang juga yang menyifatkan kenyataan Wan Ahmad Fayhsal itu sebagai punca utama jika PN kalah teruk dalam PRK Kuala Kubu Baharu pada 11 Mei nanti.

“153 (Ahli Parlimen kerajaan) vs 69 (pembangkang). Dah tentu lulus, gagal matematik.

“Apalah susah sangat, DSAI lebih bijak dari pembangkang untuk memastikan Belanjawan 2025 akan diluluskan.

“Jangan risau, mungkin dia rasa cetak duit lagi berbaloi dari kenaikan gaji!?” demikian antara komentar dan sindirian warganet.

BACA JUGA Pulau Pinang bakal dapat bekalan air dari Perak