Selepas kes samun, giliran Faisal Halim pula jadi mangsa simbah asid

Selepas pemain Terengganu FC, Akhyar Rashid kena samun, giliran pemain sayap pasukan Selangor FC, Faisal Halim pula jadi mangsa simbah asid.

Kejadian mengejutkan itu dilapor berlaku di sebuah pusat beli-belah di Kota Damansara, Petaling Jaya.

Gambar yang tular menunjukkan Faisal mengalami kecederaan di beberapa bahagian tubuh.

Pemain sayap kebangsaan itu merupakan penerima Anugerah Jaringan Terbaik Piala Asia 2023.

Beliau menjadi satu-satunya pemain Malaysia disenaraikan dalam kesebelasan utama terbaik perlawanan ketiga saingan kumpulan Piala Asia 2023.

Pada 2 Mei lalu, Akhyar, 25, yang baru sahaja keluar dari kereta dipukul dengan senjata dipercayai cota di kepala dan badan.

Akibat perbuatan suspek yang tidak dikenali di hadapan sebuah kondominium itu, Akhyar mengalami kerugian lebih RM4,800.

BACA JUGA ‘Depa mewarisi sifat syaitan’ – Ini luahan hati Sanusi