‘Bertenang… jangan buat sebarang spekulasi’

Warga Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) diminta bertenang berikutan empat pegawai kanan agensi itu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Elakkan membuat sebarang spekulasi berkenaan kes yang sedang berjalan sehingga boleh menyebabkan gerak kerja dan perkhidmatan KADA kepada petani tergendala,” kata Pengerusinya, Muhammad Husain menerusi satu kenyataan di Facebook beliau.

Semalam, SPRM mengesahkan penahanan tiga pegawai kanan agensi kerajaan selepas memberi keterangan di pejabat SPRM di Kota Bharu kerana disyaki menerima rasuah bagi pelbagai projek.

Seorang lagi pegawai kanan agensi berkenaan yang disiasat atas dakwaan tuntutan palsu, ditahan pada 30 April lalu.

BACA JUGA Bantu pasangan muda, ini 3 cadangan wujudkan pusat asuhan anak mampu milik