Lelaki simbah asid direman hari ini

Seorang lelaki berusia 20-an yang dipercayai terbabit dalam insiden simbah asid terhadap Faisal Halim semalam direman hari ini.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan perkara itu, lapor Harian Metro.

“Suspek adalah lelaki berusia 20-an dan akan direman hari ini.

“Pada masa sama, kami sudah merakam keterangan tiga individu termasuk mangsa (Faisal).

“Polis juga akan memanggil beberapa saksi bebas bagi membantu siasatan. Motif kejadian masih disiasat,” katanya.

Semalam, gempar bintang Selangor FC dan pemain kebangsaan, Faisal Halim disimbah asid di sebuah pusat beli-belah di Kota Damansara, di ibu negara.

Akibatnya, beliau mengalami kelecuran tahap dua di beberapa bahagian tubuh iaitu di sekitar leher, bahu, lengan dan dada.

BACA JUGA Alamak, ini rupanya sebab ada segelintir penjawat awam makin gelisah