PN akan berpecah, bibit awal sudah bermula
Oleh NORMAN RADZUAN
Saya mendapat maklumat dari sumber dalaman Perikatan Nasional (PN) dan luar bahawa hubungan Pas dan Bersatu tidak seperti dulu.
Puncanya pelbagai sebab dan kerana itu PRK Kuala Kubu Baharu (KKB) dilihat pimpinan Pas tidak bersungguh-sungguh turun padang seperti lazimnya.
Dari sumber mengatakan ia sebenarnya kekecewaan pemimpin Pas kerana sudah menghampiri dua tahun harapan untuk menjatuhkan Anwar Ibrahim sebagai PM gagal.
Malah, dilihat menuju ke jalan buntu apabila Sultan Johor menjadi Yang di-Pertuan Agong. Hari demi hari, Ahli Parlimen PN semakin tertekan.
Banyak projek atau peruntukkan kawasan tiada malah diberi terus melalui wakil penyelaras parti kerajaan.
Lebih tertekan apabila gaji penjawat awam bakal menikmati kenaikan gaji 15 hingga 38 peritus iaitu kadar tertinggi dalam sejarah perkhidmatan awam negara sekaligus akan memberi tekanan kepada kerajaan negeri.
Rakyat di kawasan Parlimen pembangkang mulai bising dan dikhabarkan ada ahli Parlimen yang takut untuk turun kawasan kerana tidak sanggup menerima cemuhan dari penduduk kawasan.
Bercerita mengenai kemelut antara Pas dan Bersatu, khabarnya Pas berhasrat meletakkan calon di KKB tetapi Bersatu tegas untuk meletakkan calon mereka.
Padahal, umum tahu Bersatu tiada jentera, tiada ahli seramai dan sehebat Pas.
Penumpang Pas
Semalam, dikatakan terbongkar kononnya di kumpulan Whatsapp Pas Kawasan Hulu Selangor, berang kerana calon Bersatu mendiamkan diri daripaa menjawab isu pinjaman Along.
Dari sumber yang lain turut memberitahu beberapa pimpinan sudah menunjukkan rasa tidak puas hati untuk terus mengikut Bersatu yang dianggap penumpang Pas dalam PN.
Minggu lepas, saya duduk sekali dengan pimpinan kecil Pas yang saya kenali sejak bersama sama dalam PR. Katanya, Bersatu ini sebenarnya bersama Pas pun tidak menambah, tidak bersama Pas tidak mengurang.
Saya pun tambah gula dan garam… benar tanpa Pas tiada satu pun kerusi Bersatu akan menang. Tanpa Pas siapalah Bersatu.
Saya yakin pimpinan Bersatu dapat menghidu Pas semakin dingin dengan mereka. Malah, apa yang berlaku di KKB melihat keretakan berlaku dalam PN.
Malang bertimpa-timpa buat Bersatu selepas lima ahli Parlimen Bersatu menyokong PMX yang membuat Pas berang kerusi ihsan diberikan kepada Bersatu terlepas begitu sahaja kepada Kerajaan Perpaduan.
Lebih membuat Bersatu tertekan, pengaruh mereka di Sabah. Kehadiran Muhyiddin dan Hamzah kali ini tidak disambut Ketua Menteri, Hajiji Nor dan Masidi Manjun yang merupakan tulang belakang pengaruh Bersatu di Sabah.
Di ruangan komen rata-rata rakyat Sabah mencemuh Bersatu. ‘No Bersatu Now kami GRS’. Kini, Bersatu hanya bergantung kepada Ronald Kiandee yang tidak mempunyai pengaruh di mata rakyat Sabah.
Berdasarkan perkembangan semasa PRN tahun depan Bersatu tidak akan dapat memenangi satu kerusi DUN pun di Sabah. Malah, pengaruh parti itu semakin lama dilihat semakin hilang terhakis.
Tanpa kekuatan kuasa politik dan sumber kewangan sangat sukar untuk Bersatu terus menguasai Sabah. Mereka dulu hebat kerana Muhyiddin ketika itu adalah Perdana Menteri.
Sebagai pemerhati politik setiap yang berlaku tidak berlaku tanpa sebab. Ia seperti daun bergoyang kerana ada angin.
Baru-baru ini Zuhdi mahukan pemimpin Islam lakukan gencatan senjata, Nik Abduh bertemu PMX, MB Kelantan Datuk Panglima Perang isytihar di depan umum dirinya berpolitik hanya lima tahun sekali, MB Perlis beritahu hubungannya sangat baik dengan PMX.
Terbaru yang paling mengejutkan pemerhati politik mahu pun penyokong Pas apabila Panglima Perang Pas, Sanusi di khayalak umum memohon maaf kepada PMX.
Khabar saya terima dari rakan-rakan media yang sering bersama PN, pengumuman Sanusi itu sungguh tidak menyenangkan hati pimpinan Bersatu kerana muktahir ini pimpinan Pas semakin lunak dengan PMX.
Apa maksudnya semua itu? Semalam, saya dihubungi seorang rakan dan ditanya, “Anta jika Pas bersama dalam kerajaan, bagaimana?”
Jawab saya, “Ana sudah menulis sebelum ini. Politik sangat dinamik dan kita kena realistik. Saya berjuang sanggup tinggal anak isteri bukan nak cari projek tapi untuk reform negara ini. Untuk masa depan anak cucu, negara ini mesti dipimpin pemimpin yang bencikan rasuah.”
“Jika Pas mahu bersama-sama apa salahnya. Bukan tidak biasa lawan jadi kawan, kawan jadi lawan. Jika Pas mahu bersama-sama untuk melakukan perubahan dan menyelamatkan negara ini ‘Ahlan Wasalan’.
“Seperti kata Zuhdi (think tank Pas)… perlu gencatan senjata jika kita sayangkan negara. Ketepi permusuhan dan kita fokus pulihkan negara ini. Nak kira dendam, amarah, salah mereka, itu bukan politik itu masalah peribadi.
“Biarlah Muhyiddin, Azmin dan Hamzah yang ketiga-tiga mereka ini khianat pada parti masing-masing tunjuk kehebatan. Kita mahu tengok di mana kekuatan Bersatu tanpa Pas. Ana kata, jika ia berlaku, Bersatu akan terus jadi Semangat 46.”
BACA JUGA Alamak, ini rupanya sebab ada segelintir penjawat awam makin gelisah