Bekas PM ini boleh tarik nafas lega, belum masa lagi SPRM nak tahan

Tun Dr Mahathir Mohamad dilihat boleh menarik nafas lega apabila Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak berhasrat menahan beliau dalam masa terdekat.

Walau bagaimanapun, siasatan terhadap bekas Perdana Menteri dua kali itu masih berjalan, kata Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki.

“Tidak lagiā€¦ kita tidak berhasrat untuk menahan beliau,” katanya, dipetik BH.

Terdahulu, Azam dilapor mendedahkan bahawa Tun M ialah antara individu berprofil tinggi yang disiasat oleh SPRM berhubung isu pengisytiharan harta.

Ekoran itu, Mirzan dan Mokhzani, masing-masing anak kedua dan ketiga Tun M juga diberi notis oleh SPRM.

Kedua-dua hartawan itu diminta untuk mengisytiharkan harta dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis mengikut Seksyen 36 Akta SPRM 2009.

Dalam masa sama, Mokhzani turut dilapor disiasat mengikut Akta SPRM 2009 serta Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Untuk rekod, Mirzan pernah bekerja untuk bank pelaburan yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS), Salomon Brothers.

Dia kini merupakan pengasas dan ketua pegawai eksekutif syarikat pegangan pelaburan dan penasihat kewangan Malaysia Crescent Capital Sdn Bhd.

Mirzan turut memegang jawatan pengarah di beberapa syarikat awam dan swasta di Asia Tenggara, termasuk penapis minyak terbesar Filipina Petron dan pengeluar elektronik tempatan Betamek.

Dalam masa sama, dia juga merupakan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Konsortium Logistics Berhad (KLB).

Sementara itu, Mokhzani pula pernah beberapa kali disenaraikan sebagai antara orang terkaya Malaysia sejak 2007.

Pada tahun 2013, Mokhzani berada di kedudukan orang kesembilan terkaya di Malaysia dengan jumlah kekayaan lebih RM4.22 bilion hasil daripada industri minyak dan gas.

Malah, sekitar sedekad pentadbiran Mahathir sebagai Perdana Menteri, Mokhazani didedahkan oleh Asiaweek mempunyai pegangan dalam syarikat awam sahaja sudah melebihi AS$880 juta.

BACA JUGA Restoran milik tauke Melayu ini teruk dikecam selepas tinggalkan komen ā€˜type cā€™