Restoran milik tauke Melayu ini teruk dikecam selepas tinggalkan komen ‘type c’

Sebuah restoran makanan segera yang mendakwa ianya ‘100 peratus milik bumiputera’ teruk dikecam pengguna media sosial selepas cuba bermain isu perkauman.

Restoran itu, yang disebut-sebut sebagai alternatif kepada KFC, ditegur kerana hidangannya agak mahal namun respon yang diberikan pula menaikkan kemarahan ramai.

Ia selepas restoran tersebut mengingatkan seorang pelanggan agar tidak “ditipu oleh sentimen buruk yang dimainkan oleh ‘type C”, yang pengguna media sosial percaya merujuk kepada orang Cina di Malaysia.

“Type C tengah cuba bermain macam sentimen buruk terhadap Darsa Fried Chicken. Kita jangan mudah terpedaya selagi tak datang cuba sendiri,” komen pengendali laman restoran itu.

Respon itu menyebabkan ramai yang berang selain memberi peringatan apabila sesuatu perniagaan mengguna pakai sentimen perkauman, ia tidak akan bertahan lama bukan sahaja di Malaysia, tetapi di seluruh dunia.

Tidak kurang juga di antara mereka mahu memboikot restoran berkenaan.

Susulan itu, restoran yang dikatakan pemiliknya adalah Darsa Fried Chicken, memohon maaf berhubung komen di media sosial, yang menyebabkan netizen mendakwa pihak restoran itu cuba bermain isu perkauman.

Dalam satu kenyataan petang semalam, pihak restoran yang mendakwa ia sebagai “kesilapan yang tidak disengajakan”.

“Mungkin terlalu banyak komen yang berunsur menjatuhkan sedikit sebanyak megganggu fokus admin kami,” jelasnya.

Pihak restoran itu berkata mereka telah memutuskan untuk tidak menjawab sebarang isu selepas ini bagi mengelakkan kesilapan sama berulang

“Kami mengalu-alukan semua pelanggan kami di pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa atau agama.

“Semoga Malaysia yang kita kasihi ini aman dan damai. Pihak pengurusan DarSA Fried Chicken sedang memberi tumpuan sepenuhnya kepada operasi restoran pertama kami yang baru buka pada 29 April lalu.

BACA JUGA Malaysia tak pernah benar kapal Israel berlabuh kecuali masa zaman PM ini…