Ini dalil paling logik kenapa perlu sokong Anwar

OLEH NORMAN RADZUAN

Orang kaya sedang membuli pemikiran orang miskin. Datuk Seri Anwar sedang mengubah ‘sistem kapitalis’ kepada sistem Islam.

Anwar atau dikenali sebagai PMX sedang membawa konsep kehidupan masyarakat Madani atau sebuah masyarakat yang beradab (civilised).

Saya tidak mahu bercerita tgerperinci mengenai Madani kerana ia berat untuk masyarakat memahami. Saya perjelaskan ‘Madani’ dari tingkah laku dan perjuangan Anwar Ibrahim agar mudah difahami.

Dari awal remajanya ketika di Universiti lagi Anwar perjuangkan nasib penduduk miskin di Baling dan kerana itu buat pertama kalinya beliau dimasukkan ke ISA.

Tamat belajar di Universiti Malaya terus buka Yayasan Anda di Kampung Kerinchi, Kuala Lumpur. Sekolah ini beri peluang kedua kpd pelajar2 dari keluarga miskin.

Minggu pertama menjawat perdana menteri, terus umum bantuan tunai kepada penanam padi yang kita tahu ramai golongan kemiskinan.

Apa yang kita dapat lihat segalanya Anwar lakukan untuk menolong orang miskin. Sebab itu dalam ucapan Anwar baru-baru ini beliau berkata, “Saya korbankan diri dipenjarakan kerana perjuangkan orang miskin.”

Sebab itu saya mencadangkan Biro Tata Negara (BTN) atau kini dikenali sebagai i-Lead adakan kursus pemahaman pemikiran Anwar.

Sejarah membuktikan BTN telah banyak menyelamatkan pemerintahan Mahathir ketika gelombang reformasi melanda negara.

Pemikiran kakitangan awam yang telah dirosakkan orang politik serta bangsawan dengan isu perkauman dan kebencian kepada pemimpin nombor satu negara perlu diperbetulkan melalui kursus i-Lead ke seluruh negara.

Kenapa saya kata begitu? Pelik bila orang Melayu tidak menyokong untuk menghapuskan rasuah. Pelik orang Melayu tidak peduli menantu ‘Abah’ lari ke luar negara kes projek bernilai billion.

Sebenarnya kebencian orang Melayu bukan kerana Anwar itu korup, salah guna kuasa atau tidak bijak menguruskan ekonomi tetapi kerana ‘salah faham’ kerana fitnah yang di luar kawalan.

Jadi pemikiran kakitangan awam itu perlu diperbetulkan bukan untuk menyokong parti PMX tetapi cukuplah sekadar menyokong dasar atau prinsip kerajaan memerangi rasuah untuk masa depan anak cucu kita.

Kapitalis sedang membuli pemikiran orang miskin

Maksud kapitalis itu luas. Saya memilih Kapitalisme yang bermaksud sistem ekonomi dan sosial yang cenderung ke arah pengumpulan kekayaan oleh individu tanpa gangguan kerajaan dan bermatlamatkan keuntungan.

Kapitalis juga mengeksploitasi tenaga buruh untuk memaksimumkan keuntungan, sementara buruh tidak diberi pilihan melainkan bekerja dalam keadaan tertindas.

Ketika ini golongan ‘kapitalis’ atau sering disebut ‘tauke tauke besar’ oleh PMX sedang membuli pemikiran rakyat termiskin. Mereka sagat marah dengan dasar PMX yang pro kepada rakyat marhaen.

Kelompok inilah yang menidakkan Anwar untuk menjadi PM selepas Mahathir. Anwar Ibrahim telah membentangkan Akta Pencegahan Rasuah Tahun 1997, inilah kesalahan besar Anwar yang tidak dapat dimaafkan Mahathir.

Tahun berganti tahun golongan kapitalis atau elit ini menguasai ekonomi negara dengan membolot kekayaan dengan cara rasuah yang sangat berleluasa. Beratus billion wang rakyat berlegar kepada kelompok-kelompok elit atau pimpinan politik sahaja.

Apa yang saya maksudkan golongan elit membuli pemikiran rakyat? Golongan elit lahir dari golongan bangsawan atau mereka yang terpelajar.

Namun pemikiran intelektual itu bukan digunakan untuk membela nasib orang miskin malah memperbodohkan lagi. Disebabkan itu dalam pemerintahan PMX golongan inilah yang paling terasa pendapatan mereka tidak seperti dulu.

Manakala golongan miskin diakui tahap pendidikan dan pemikiran mereka tidak sama seperti gongan elit. IQ sangat berbeza.

Lalu golongan miskin inilah yang sedang dijajah oleh golongan elit seperti mana dilakukan oleh British dahulu terhadap orangg Melayu bawahan.

Bila PMX mahu memulakan subsidi bersasar merekalah yang paling marah. Antara yang kena marah adalah saya kerana ramai ahli keluarga dan kenalan-kenalan saya adalah golongan T20.

Kini mereka marah dan mula menghasut apabila bil elektrik tinggi sedangkan orang miskin tidak terkesan. Bertambah marah selepas ini apabila mereka tidak lagi mendapat subsidi minyak.

Lagi merunsingkan LHDN pula semakin agresif apabila PMX memberi lampu hijau untuk jabatan ini memungut cukai. Sebelum ini taikun-taikun besar ramai yang lari dari membayar cukai hingga bernilai beratus juta sejak berpuluh tahun lamanya.

Bila golongan elit ini terasa kesannya kepada ekonomi mereka, kelompok ini tahu B40 yang rata-rata penduduk miskin luar bandar dan mendapat pendidikan rendah, adalah mangsa untuk dibuli pemikiran.

Mereka hasut rakyat miskin untuk ubah kerajaan supaya kroni-kroni mereka kembali menjadi pemimpin agar aktiviti mereka kembali seperti dulu.

Konsepnya mudah amalkan ‘rasuah’ dan mudah elakkan ‘cukai’. Disebabkan itu mereka tidak suka kerajaan yang bersih, kerajaan yang membela nasib orang miskin kerana tempias akan dirasai mereka.

Dasar baru kerajaan ini tidak menyebelahi mereka lagi. PMX sejak peristiwa Baling dan menjadi ketua pembangkang dengan kata-kata keramatnya ‘ Yang kaya bertambah kaya, yang miskin papa kedana’ telah dibuktikan apabila menjadi PM memulakan dasar baru iaitu subsidi bersasar iaitu fokus kepada masyarakat miskin.

Konsep sistem Islam yang lebih adil untuk rakyat

Ayat yang sering diulang-ulang oleh Anwar Ibrahim ialah Tatakelola atau good governance. Orang kaya pula hasut orang miskin ‘Anwar ini tak habis-habis ke bercakap pasal rasuah atau tatakelola ini?’

Tatakelola itu sebenarnya merangkumi Madani yang dimaksudkan. Ramai yang tidak tahu, buat-buat tidak tahu dan tahu tetapi sembunyikan fakta dari orang Melayu tahu bahawa Anwarlah perjuangkan Bank Islam, Universiti Islam, pemakaian Islam di sekolah-sekolah yang mana dulu murid memakai seluar pendek dan skirt.

Bila Anwar atau PMX membuat dasar baru iaitu subsidi bersasar maka melompatlah golongan T20 ke atas.

Jika orang bukan Islam kita faham tetapi orang Islam yang kaya sendiri marah. Maksudnya mereka tidak memahami konsep ekonomi Islam.

Kenapa Allah perintah umat Islam berzakat? Antaranya ialah untuk membantu ekonomi umat Islam, kerana apabila dilunasnya zakat, maka ia akan dibayar terhadap golongan yang kurang berkemampuan. Allah wajibkan.

Disebabkan itu kenapa Anwar perkenalkan subsidi bersasar. Ia adalah wang rakyat disasarkan kepada membantu golongan miskin dan bukan dinikmati oleh golongan kaya.

Seperti konsep zakat mengambil wang dari golongan kaya dan diberikan kepada orang miskin.

Sama bila golongan kaya menggunakan elektrik yang tinggi dikenakan bayaran yang lebih tinggi dan subsidi tersebut boleh diberikan subsidi kepada golongan miskin.

Golongan elit terus menghasut rakyat dengan persoalkan apa yang Anwar buat?

Pesawah padi diberi bantuan berjuta ringgit, bonus dan kenaikan gaji tertinggi untuk kakitangan awam, pelaburan tertinggi dengan peluang pekerjaan, indeks kemiskinan menurun dan banyak lagi bersandarkan fakta.

Tiba-tiba Muhyiddin persoal pasal kenaikan gaji. Sedangkan kamu Muhyiddin tidak lakukan apa-apa pada kakitangan awam. Kamu buat darurat dan kamu kurung rakyat Malaysia paling lama dalam sejarah dunia.

Berapa ramai yang angkat kain putih dan berapa ramai yang bunuh diri ketika itu. Kenapa tak naikkan gaji sedangkan kamu boleh naikkan cabutan judi? Islam apa yang diperjuangkan sedang judi bertambah.

Berbalik kepada reformasi Anwar adalah tatakelola yang baik. Lawan rasuah, ambil dari keuntungan org-orang kaya untuk diberikan kepada orang-orang miskin, lawan salah guna kuasa, berjimat cermat. Semua ini adalah sistem Islam yang wajib disokong.

Sebab itu subsidi bersasar ini menyamai ciri-ciri sistem Islam iaitu memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan. Zaman Anwar ‘mesra rakyat miskin’ tidak seperti zaman sebelum ini ‘mesra tauke-tauke besar’.

Jadi cukup-cukup wahai orang Melayu dari pemikiran diperhambakan oleh politikus dan kapitalis. Sokonglah kerajaan yang hendak membela nasib anda iaitu rakyat marhaen.

BACA JUGA Rupa-rupanya suspek simbah asid bukan seorang, polis kongsi tangkapan terbaru!