Rupa-rupanya suspek simbah asid bukan seorang, polis kongsi tangkapan terbaru!

Kes membabitkan insiden simbah asid terhadap pemain kebangsaan, Faisal Halim dipercayai membabitkan lebih dari seorang suspek.

Ia selepas beberapa media tempatan melaporkan seorang lagi suspek telah ditahan malam tadi di sebuah pusat beli-belah di Damansara.

Sebelum itu pada 5 Mei, polis berjaya menahan suspek pertama di Pandan Indah.

Menurut Harian Metro, suspek kedua dipercayai berusia dalam lingkungan 30 tahun. 

Utusan Malaysia pula melaporkan polis sedang mendapatkan perintah reman ke atas suspek pagi ini di mahkamah Petaling Jaya bagi membantu siasatan.

Media melaporkan seorang lelaki disyaki terbabit dalam kejadian serangan terhadap pemain bola sepak negara  ditahan kelmarin.

Suspek berusia 20- an itu ditahan berdasarkan nombor pendaftaran sebuah motosikal yang digunakan dalam kejadian berkenaan kelmarin.

Faisal mengalami kecederaan melecur tahap empat selepas disimbah asid oleh individu tidak dikenali menyebabkan kecederaan pada muka dan badannya.

Beliau dikatakan diserang ketika berada disebuah pasar raya terkemuka di Kota Damansarakira-kira pukul 5 petang.

BACA JUGA ‘Apa salah saya Datuk’, Hamidin cerita Faisal Halim menangis dianiaya orang