Malaysia tak pernah benar kapal Israel berlabuh kecuali masa zaman PM ini…
Malaysia bertegas tidak pernah membenarkan syarikat perkapalan yang berpangkalan di Israel iaitu ZIM berlabuh di pelabuhan negara ini selepas negara mengharamkan kehadiran mereka pada 2022.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan perkara itu susulan laporan sebuah portal berita melaporkan sebuah kapal kargo ZIM Rotterdam yang dimiliki syarikat Israel Zim Integrated Shipping Services, berlabuh di Pelabuhan Klang pada 29 April lalu.
“Tak ada. Kita tak benarkan,” katanya ketika Majlis Peluncuran Strategi Pembanterasan Rasuah (NACS) 2024-2028, hari ini.
Mengulas lanjut mengenai kapal Zim, Anwar berkata, Tun Dr Mahathir Mohamad pernah membenarkan kapal Israel berlabuh di negara ini sewaktu menjadi beliau Perdana Menteri.
Bagaimanapun, Anwar berkata, kerajaan pada 2022 membatalkan kebenaran yang pernah diberikan Dr Mahathir dan mengekalkan pendirian itu hingga ke hari ini.
“Yang benarkan adalah Tun M yang membawa kapal ZIM dan kita dah batalkan, seingat saya pada pada 2022. Tun M semasa (beliau) menjadi Perdana Menteri dan tiada alasan yang diberikan.
“(Kebenaran) diteruskan hinggalah kita (Kerajaan Perpaduan) kita batalkan dengan persetujuan Jemaah Menteri. Itu pendirian kita,” katanya.
BACA JUGA Ini dalil paling logik kenapa perlu sokong Anwar
Â