‘Apa salah saya Datuk’, Hamidin cerita Faisal Halim menangis dianiaya orang
Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, Faisal Halim yang menjadi mangsa simbahan asid Ahad lalu menangis ketika beliau datang menemuinya di hospital.
Berkongsi luahan kesedihan Faisal Halim, Hamidin berkata pemain Selangor FC itu tertanya-tanya apa kesalahannya sehingga dia diperlakukan sebegitu rupa.
“Saya orang pertama yang berjumpa dengan Faisal dan isterinya di bahagian kecemasan. Saya sempat berborak dengannya.
“Dia cakap ‘Apa salah saya Datuk. Kenapa saya kena macam ini.’ Dia menangis dengan keadaan dia pada ketika itu yang dalam kesakitan,” katanya dalam temubual dengan Sukan Sinar malam tadi.
Hamidin turut mengharapkan agar Faisal segera pulih selain mengakui kesal dengan kejadian yang menimpa pemain sayap kebangsaan itu.
Ahad lalu gempar bintang Selangor FC dan pemain kebangsaan, Faisal Halim disimbah asid di sebuah pusat beli-belah di Kota Damansara, di ibu negara.
Akibatnya, beliau mengalami kelecuran tahap dua di beberapa bahagian tubuh iaitu di sekitar leher, bahu, lengan dan dada
Faisal disimbah asid ketika membawa keluarganya ke pusat membeli belah di Damansara sehingga menyebabkan dia mengalami kelecuran tahap empat.
Dia juga sedang mendapatkan rawatan lanjut di sebuah hospital di Shah Alam dan sudah menjalani pembedahan pertama semalam.
Namun, keadaanya dilaporkan berada pada tahap kurang baik dan berada dalam pemantauan doktor.
BACA JUGA ‘Lagi tinggi jawatan dia, lagi teruk dia kena’ – PM Anwar
Â