Nyawa, keselamatan pemain lebih utama, bukan menang piala – Sultan Selangor

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah memberi perkenan dan menyokong sepenuhnya keputusan pasukan Selangor FC untuk tidak hadir ke perlawanan Piala Sumbangsih 2024 yang dijadual berlangsung esok menentang Johor Darul Ta’zim (JDT).

Selaku Penaung Selangor FC, Baginda berpandangan adalah bertepatan untuk pasukan Selangor FC tidak menyertai perlawanan berkenaan susulan berlakunya beberapa insiden mengancam nyawa yang melibatkan pemain dan pegawai baru-baru ini.

Baginda bagaimanapun menzahirkan rasa kecewa kerana pihak Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) menolak permohonan Selangor FC supaya menangguhkan perlawanan berkenaan.

“Keutamaan ketika ini adalah nyawa serta keselamatan para pemain, dan bukannya untuk memenangi piala berkenaan.

“Bukan sahaja isu keselamatan, keadaan moral pasukan yang masih terganggu dan terkesan dengan insiden simbah asid yang melibatkan pemain sayap, Faisal Halim, juga harus diambil kira. 

“Justeru, Baginda menyokong solidariti untuk membanteras keganasan sukan dalam apa jua bentuk #standwithfaisalhalim #stoptheviolence,” titahnya menerusi kenyataan Selangor Royal Office hari ini.

Dalam pada iti, baginda bertitah agar semua pihak memahami tahap keseriusan insiden yang melibatkan nyawa pemain adalah tidak sama dengan kes-kes sebelum ini, apatah lagi ia berlaku sangat hampir dengan tarikh perlawanan.

Baginda turut menegaskan bahawa Selangor FC sedia berdepan dengan apa jua tindakan, susulan daripada keputusan untuk tidak hadir ke perlawanan ini.

BACA JUGA Belajar dari kisah saya, jangan undi pembangkang – MP Bersatu beritahu pengundiÂ