‘Perjuangan petani perlu diteruskan, ini tekad saya’

”Perjuangan petani perlu diteruskan. Ini tekad saya.”

Itu ungkapan ringkas Muhammad Husain dalam satu catatan di Facebook miliknya.

Beliau merupakan Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) yang mula menggalas jawatan itu sejak 15 Mei tahun lalu.

Berdasarkan semakan Harapan Daily di laman sosialnya, Muhammad dilihat aktif dalam sesi dialog antaranya dengan kakitangan beliau sendiri iaitu KADA, golongan petani dan juga pesawah di Kelantan.

Selain itu, beliau juga turun ke lapangan bagi melihat sendiri perkembangan inisiatif-inisiatif yang dilaksanakan seperti Smart Sawah Padi Berskala Besar (Smart SBB) Ala Sekinchan bagi meningkatkan pengeluaran padi.

Bagi berkongsi gambaran atau memberi maklumat terkini kepada masyarakat mengenai sistem tanaman itu, beliau turut memuat naik video hasil tuaian padi yang diusahakan di sekitar Kelantan.

Susulan apa yang dilakukan beliau bersama kakitangannya di KADA, warga maya tidak ketinggalan menitipkan doa atas usaha ditunjukkan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kelantan itu.

”Semoga Allah permudahkan urusan,” doa warga maya yang menggunakan nama Jejak Rakan.

Wan Muhammad Arishah pula berharap golongan petani akan mendapat faedah hasil usaha daripada beliau.

”Terbaik! semoga petani mendapat manfaat daripada usaha ustaz pengerusi,” tulis lelaki itu di ruangan komen.

BACA JUGA Dah menuai hasil kedua, tak lagi terlalu bergantung bekalan import makanan ayam