‘Skandal terpanas’ kementerian didakwa bakal terbongkar, relaks je Rafizi balas balik
Kecoh seorang pengguna Facebook mendakwa skandal hangat di Kementerian Ekonomi akan terbongkar beberapa hari lagi, mengatakan ia adalah kes rasuah dari syarikat tauke besar.
Individu itu menyebut beberapa nama termasuk Rafizi Ramli yang didakwa kononnya terlibat menerima suapan dari tauke kaya bagi membolehkan ia mendapat kontrak lumayan dari kerajaan.
Turut disebut nama bekas Setiausaha Politik Anwar, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak yang dikaitkan dengan Rafizi.
“Nampak benau fitnahnya. Bila masa pula Rafizi baik dengan Farhash. Boleh saman dah mereka ni,” saran pengguna X bernama Iqbal.
Dakwaan yang dibuat itu kemudian mendapat perhatian Rafizi yang nampaknya langsung tidak melatah.
Beliau dalam respon balas di X berkata, beliau tidak akan mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang mengaitkannya dengan dakwaan skandal kementerian itu.
Sebaliknya kata Rafizi, tindakan pemfitnah itu akan dicatatkan oleh malaikat.
“Saya takkan saman sebab ada yang mencatatnya.
“Beban itu lagi besar dari turun naik mahkamah,” ujarnya..
Respon Rafizi itu mendapat perhatian ramai yang menyokong tindakan beliau berdiam diri dan tidak melayani khabar angin tidak berfaedah.
BACA JUGA Lelaki dakwa tahu semua konspirasi kes Faisal rupa-rupanya guna akaun palsu
Â