SPRM sambung reman dua pegawai kanan KADA

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyambung reman dua pegawai kanan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) yang ditahan agensi itu pada 5 Mei lalu, selama tiga hari bermula esok.

Lapor Berita Harian, SPRM berbuat demikian bagi membantu siasatan selepas mereka disyaki meminta dan menerima wang rasuah.

Mereka disambung reman sehingga Ahad ini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 17a Akta SPRM 2009.

Dua lagi pegawai kanan dibebaskan dengan jaminan SPRM selepas tahanan reman terhadap mereka tamat hari ini.

Perintah sambung reman hari ini dikeluarkan oleh Hakim, Nik Habri Muhamad, di Mahkamah Sesyen di sini.

Media sebelum ini melaporkan, tiga pegawai kanan agensi kerajaan berusia antara 40 hingga 49 tahun ditahan jam 7.30 malam pada 5 Mei lalu sebelum ditahan reman selama empat hari bermula 6 Mei sehingga hari ini, kerana disyaki terbabit meminta dan menerima rasuah bagi pelbagai projek termasuk pembekalan di Kelantan.

Mereka dipercayai terbabit dalam meminta dan menerima wang rasuah daripada beberapa individu atau syarikat, namun jumlah rasuah masih dalam siasatan SPRM.

Pengerusi KADA, Muhammad Husain juga meminta agar warga KADA bertenang serta tidak membuat sebarang spekuasi berkenaan kes yang sedang berjalan sehingga boleh menyebabkan gerak kerja dan perkhidmatan KADA kepada petani tergendala

BACA JUGA SPRM sambung reman dua pegawai kanan KADA