‘Islam terancam’ modal lapuk Hadi

Oleh AHMAD MURSI

Pengundi Kuala Kubu Baru bacalah Amanat Haji Hadi 1981 dan anda akan faham hal itu bukannya baru. 14 mangsa terkorban di Memali berpunca dari amanat itu.

Siapa sahaja lawan Pas, dianggap ‘mengancam dan bercanggah dengan Islam’.

Siapa bersama Pas maka dikira pejuang mempertahankan Islam sama ada Parti Gerakan, Bersatu dan lain-lain.

10 tahun Pas, DAP dan PKR jadi kerajaan bersama di Selangor (2008-2018) tidak pula dianggap ‘Islam terancam’. Bahkan, dulu Hadi turut berkempen untuk DAP.

Tahun 80-an, Hadi dakwa ‘Islam terancam’ walaupun kerajaan BN berjaya bina Universiti Islam, Bank Islam, Pendidikan Islam, Mahkamah Syariah dan lain-lain. Hadi selama itu hanyalah pembangkang.

Samalah seperti hari ini. Terlalu banyak inisiatif Kerajaan Perpaduan untuk Islam, Hadi tetap menuduh ‘Islam terancam’ wahal seluruh dunia (kecuali Haji Hadi) memuji PMX kerana lantang dalam isu Gaza.

Bagi Hadi dan Pas, ‘Perpaduan Islam’ hanya boleh dicapai apabila semua umat Islam-Melayu berada di belakang Pas dan Hadi. Malah, pimpinan Pas mesti dilantik dalam kerajaan walaupun makan gaji buta.

Apabila dinasihatkan oleh Yang di-Pertuan Agong untuk Pas menyertai Kerajaan Perpaduan, PN-Pas dan Hadi awal-awal lagi menolak.

PN-Pas dan Hadi sebenarnya elemen pemecah-belah rakyat dan orang Melayu.

Kini, ramai mula sedar bahawa inilah ideologi Khawarij yang menjadi tanggungjawab agama membanterasnya kerana menjadi pemecah belah umat Islam seperti telah diarahkan oleh Nabi Muhammad SAW.

BACA JUGA Selepas Ahmad Maslan dan Steven Sim berpantun, kali ini MB Selangor pula tunjuk bakat