Selepas Ahmad Maslan dan Steven Sim berpantun, kali ini MB Selangor pula tunjuk bakat

Selepas Datuk Seri Ahmad Maslan dan Steven Sim Chee Keong berbalas pantun ketika berkempen di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB), kali ini Menteri Besar Selangor pula tampil dengan pantunnya.

Datuk Seri Amirudin Shari ‘membacakan’ pantun dua kerat itu ketika berkempen di pentas KKB baru-baru ini.

Sedutan video itu dimuat naik di laman Facebooknya, hari ini.

Di jarimu ku lihat inai, kali terakhir kita bersua..

Mari kita beramai-ramai pilih calon nombor dua..

Itu merupakan pantun dua kerat pertama yang dibacakannya merujuk kepada calon Perpaduan, Pang Sock Tao.

Bukan itu sahaja, malah terdapat satu lagi pantun daripada Ahli Parlimen Gombak itu.

Kalau kita memegang bubu.. jangan lupa memakai baju..

Wahai pengundi Kuala Kubu, pilih Perpaduan negeri maju…

Menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN KKB esok, Amirudin yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Selangor optimis kerusi itu akan kekal menjadi milik Perpaduan.

Katanya, kempen yang telah dijalankan jentera Perpduan juga berjalan dengan baik, sekali gus memberi bayangan KKB akan ditawan calon Perpaduan, Pang Sock Tao.

BACA JUGA Pantun Ahmad Maslan dan Steven warnai kempen KKB