PRK KKB: Pas ‘scammer’ atas nama agama
Oleh AHMAD MURSI
Dulu di PRK Tanjung Piai, Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim kata kena sokong calon Cina dan tolak calon Melayu walaupun Tok Imam.
Kini di PRK KKB, katanya kena sokong calon Melayu PN yang lawan calon Cina Perpaduan kerana calon Cina tidak solat dan keluar zakat.
Apabila ditanya, “kalau calon PN bukan Melayu pula bagaimana?”
Kata Tuan Ibrahim: “(Kita tengok apa yang) kita hadapi sekaranglah”. Katanya itu ciri-ciri calon yang “Allah pilih”.
Setiausaha Agung Pas, Takiyuddin pula kata haram tak keluar mengundi kerana katanya Haji Hadi telah hukumkan fardu ain.
Ini bukan hanya ‘penunggang agama profesional’, tapi inilah SCAMMER dalam beragama. Banyak berlaku juga dalam bidang selain politik.
Jika hal ini tidak dilihat perbuatan keji, lama-kelamaan ajaran sesat dan bid’ah ini akan terus ditanam dalam pemikiran orang Melayu Islam malah menjadi satu kebiasaan.
Pas menjadikan agama sebagai bahan sendaan dan gurauan menghukum halal dan haram ikut selera tekak dan kepentingan nafsu politik untuk menentang umat Islam yang lain.
Saya setuju Islam dijadikan panduan dan nilai terpenting membentuk akhlak ahli politik tetapi boros menunggang agama dalam strategi politik kerap kali menyebabkan terbabas dan ghuluw seperti halnya Khawarij.
“Dan janganlah kamu berdusta dengan sebab apa yang disifatkan oleh lidah kamu: “Ini halal dan ini haram”, untuk mengada-adakan sesuatu yang dusta terhadap Allah; sesungguhnya orang-orang yang berdusta terhadap Allah tidak akan berjaya.” An-Nahl:116.
Pas tidaklah jadi lebih Islam hanya kerana jenama partinya Islam dan dipimpin oleh ustaz-ustaz.
Dari segi pelaksanaan agenda Islam dalam negara, Pas gagal, tercorot dan makan gaji buta apabila diberi kuasa. PH-BN jauh lebih cemerlang.
BACA JUGA ‘Kalau nak popular masuk Gegar Vaganza’
Â