Referendum rakyat tolak pihak yang pecah belahkan kaum

Pilihan Raya Kecil (PKR) Kuala Kubu Baharu (KKB) menjadi satu ‘referendum’ kepada pihak yang berusaha untuk memecah-belankan kaum di negara ini.

Timbalan Presiden AMANAH, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, sejak tahun 1974, semua calon yang diletakkan di KKB adalah orang Cina dari MCA.

“Apa yang peliknya untuk sokong calon DAP dari Cina? DAP pernah menang tahun 1978 kemudian MCA.

Dr Mujahid Yusof Rawa

“Bila masa ada masalah untuk mengundi calon Cina?” soalnya dalam Ceramah Mega Perpaduan Grand Finale PRK Kuala Kubu Baharu, malam tadi.

Sehubungan itu, Mujahid yang juga Ahli Dewan Negara menyeru agar pengundi tidak termakan dengan dakyah bermodalkan kaum.

“Jangan kita termakan dengan bibit-bibit perpecahan. Jangan termakan dengan usaha-usaha yang menjurus kepada kebencian kaum.

Pang Sock Tao

“Kita menyokong calon Perpaduan kerana kita menolak mereka yang memecah-belahkan kaum di negara ini.

“Itu referendum kita pada 11 Mei ini,” tegas Mujahid yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) itu lagi.

Esok, calon Perpaduan, Pang Sock Tao akan berentap dalam pertembungan empat penjuru.

Wanita berusia 31 tahun itu dicabar calon Perikatan Nasional (PN) dari Bersatu, Khairul Azhari Saut; Hafizah Zainuddin (PRM) dan Nyau Ke Xin yang bertanding atas tiket Bebas.

DUN Kuala Kubu Bharu memiliki 40,226 orang terdiri daripada 39,362 pengundi biasa, 625 anggota polis, 238 anggota tentera dan pasangan serta seorang pengundi tidak hadir luar negara.

BACA JUGA Asyraf Wajdi seru pengundi Melayu, ahli Umno sokong Pang Sock Tao