Selepas pembedahan ketiga, ini luahan Faisal

Pemain Selangor FC (SFC), Faisal Halim selesai mengharungi pembedahan ketiga di sebuah hospital swasta, malam tadi.

“Saya nak balik,” itu antara luahan yang dilontarkan pemain sayap Harimau Malaya berkenaan.

Perkembangan itu dikongsikan Pengerusi Jawatankuasa Teknikal SFC, Datuk Seri Shahril Mokhtar ketika ditemui media di perkarangan hospital itu selepas melawat pemain berkenaan pagi tadi.

Shahril memaklumkan bahawa Faisal terus menunjukkan perkembangan yang positif.

Katanya, Faisal yang lebih mesra disapa ‘Mickey’ dalam kalangan peminat itu tidak boleh ‘duduk diam’ dalam bilik Unit Rawatan Rapi (ICU) ketika ini.

“Dia ‘steady’ dan kata saya nak balik. Itulah semangat dia yang lain sikit sebab dia pun dah mula jalan dalam bilik sebab dia memang seorang yang aktif dan pemain bola sepak.

“Dia pun dah boleh pergi bilik air dengan sendiri dan bagi saya, ini sememangnya satu perkembangan yang positif untuk hari ini.

“Cuma apabila dia dah mula nak berjalan dan betul-betul bersemangat, itu sangat membanggakan.

“Mickey sentiasa jadi Mickey cuma pergerakannya agak terbatas dengan balutan di badannya,” dipetik BH.

Ekoran simbahan asid sulfuric pada 5 Mei lalu, Faisal yang melecur tahap empat selesai menjalani pembedahan ketiga membabitkan prosedur ‘skin allograft’ yang berlangsung selama kira-kira tiga jam.

BACA JUGA Referendum rakyat tolak pihak yang pecah belahkan kaum

Â