Bangsal panas PN di kubu Pas tengah hari dah tutup, apa cerita?

Bandar Utama, Batang Kali adalah kubu Perikatan Nasional (PN) dan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang lalu, mereka menang besar di kawasan pilihan raya itu.

Namun hari ini, ketika jam menunjukkan kira-kira 1.30 tengah hari ketika pengundi masih rancak turun, bangsal panas PN sudah pun tutup.

Situasi itu dicerap oleh aktivis media sosial, Dzulhilmi Zainol menerusi Tiktok beliau.

“Lihat ini, jam baru 1.32 tengah hari, susun dah.. tak ada.. mana pergi semua ni?

“Ni sampai kosong.. tak ada orang.. Apa cerita PN? Aduhai…” kata Dzulhilmi ketika membuat siaran dari kawasan kubu Pas Hulu Selangor itu.

Sementara itu, Ilham Centre dalam laporan kajiannya sehari menjelang hari mengundi semalam mendedahkan bahawa aktivis Pas tidak ghairah berkempen pada PRK kali ini.

Badan pemikir itu dalam kajian di lapangan mendapati, Pas yang sering menjadi jentera dan tulang belakang PN, dilihat tidak bersungguh-sungguh berkempen seperti kelazimannya.

“Kali ini tidak nampak kelibat jentera Pas dari negeri-negeri lain selain Selangor berkubu di setiap pusat daerah mengundi (PDM).

“Penyertaan Pas Selangor juga tidak agresif, menyumbang kepada suasana sebegini rupa,” menurut Ilham Centre lagi yang turut membangkitkan prestasi ‘muram’ tiga wakil rakyat PN iaitu bagi Parlimen Hulu Selangor, DUN Hulu Bernam dan Batang Kali.

Pada PRK kali ini, peratusan keseluruhan keluar mengundi setakat jam 4 petang tadi adalah sebanyak 55.79 peratus.

BACA JUGA PRK KKB: Keputusan dijangka sekitar 9 malam ini