PRK KKB: Keputusan dijangka sekitar 9 malam ini

“Kita menjangkakan keputusan diperoleh selepas jam 9 malam dan harapnya sebelum perlawanan bola jam 10 malam.”

Itu jangkaan dibuat oleh Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Dr Azmi Sharom sempena berlangsungnya Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu, hari ini.

Beliau berkata, jangkaan tersebut dibuat selepas semua kertas undi dibawa ke pusat penjumlahan rasmi undi di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.

”Kita yakin proses penjumlahan berjalan lancar dan cepat,” katanya lapor BH.

Setakat jam 12 tengah hari tadi, SPR memaklumkan peratusan keluar mengundi di DUN berkenaan adalah sebanyak 32.51 peratus.

Sebanyak 18 pusat mengundi dengan 74 saluran mengundi mula dibuka dari jam 8 pagi hingga 6 petang, kecuali pusat mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SKJC) Bukit Fraser (Tapak Lama) yang mempunyai 40 orang pengundi dan ditutup pada jam 2 petang.

BACA JUGA 32.51 peratus sudah keluar mengundi setakat 12 tengah hari