Dakwaan AS sekat Malaysia: Ini penjelasan Fahmi

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menegaskan bahawa mesej tular yang mendakwa Malaysia negara ASEAN pertama dikenakan sekatan oleh Amerika Syarikat (AS) adalah palsu.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan tersebut berkata, pengesahan mengenai mesej palsu itu diterimanya daripada Kedutaan AS, selain penafian oleh pihak Reuters sendiri.

“Berdasarkan penafian Reuters Press Team di X dan pengesahan yang saya terima dari pihak Kedutaan Amerika Syarikat, saya sahkan bahawa mesej tular itu adalah palsu,” katanya menerusi media sosialnya, hari ini.

Terdahulu, Reuters mengesahkan tidak melaporkan artikel berita itu yang disebar luas terutama menerusi aplikasi WhatsApp.

“Sebarang dakwaan yang mengatakan Reuters melaporkan bahawa Malaysia adalah negara pertama di Asia Tenggara yang akan disenaraikan oleh AS sebagai negara yang menaja keganasan, adalah palsu,” menurut agensi berita itu.

BACA JUGA Melampau conteng dinding pagar masjid hina Islam, polis buka dua kertas siasatan

Â