Melampau conteng dinding pagar masjid hina Islam, polis buka dua kertas siasatan

Hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu (KKB) dicemari dengan perbuatan melampau apabila dinding Masjid Warisan Al-Hidayah Ampang Pecah diconteng.

Perbuatan pihak tidak bertanggungjawab dengan perkataan menghina agama Islam itu disedari jemaah masjid selepas selesai solat Subuh, pagi tadi.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya menerima laporan daripada ahli jawatankuasa (AJK) masjid terbabit pada jam 9 pagi hari ini.

“Kita membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan,” katanya, lapor Buletin TV3.

Terdahulu, tular gambar dinding pagar masjid bersejarah berusia hampir 100 tahun itu diconteng dengan cat sembur yang memaparkan perkataan kesat.

Pihak masjid kemudian mengecat semula dinding pagar terbabit.

BACA JUGA Bukan biasa-biasa, dua bintang MU doakan Faisal Halim