Dari gerai makanan hingga kaunter bayaran saman trafik meriahkan Sambutan 25 Tahun PKR

Sambutan 25 Tahun PKR di Depot Sentul di Kuala Lumpur, sejak pagi tadi berkonsepkan mesra rakyat dengan turut menempatkan kaunter bayaran saman trafik Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Kira-kira 10,000 pengunjung hadir memeriahkan program dengan berpeluang menemui pemimpin lebih dekat.

Pengarah acara itu, Wong Chen, berkata Presiden PKR yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahukan program tersebut dijalankan secara terbuka.

“Seperti kita tahu rakyat lebih suka program yang ada pasar sementara (pop up market).

“Hari ini juga ada kaunter bayaran saman trafik Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menawarkan diskaun hingga 50 peratus,” katanya.

Menurutnya, terdapat dua sesi diadakan pada hari ini iaitu ‘Pop Up Market’ untuk sesi pagi dan kehadiran kepimpinan tertinggi pada sesi malam.

BACA JUGA Tidak rasmi: DUN Kuala Kubu Bharu terus jadi milik PH