Pemergian Mutang Tagal kehilangan besar buat negara – PM Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan pemergian Yang Dipertuan Dewan Negara, Datuk Mutang Tagal sebagai satu kehilangan besar buat rakyat Sarawak dan negara.

Beliau berkata, mendiang memiliki prinsip dan nilai kukuh serta serius dalam usaha reformasi Parlimen.

”Saya sampaikan ucapan takziah kepada isteri mendiang, Datin Ho May Leng dan keluarga.

”Semoga mereka kuat dan tabah hadapi dugaan ini,” tulis beliau di Facebook beliau, hari ini.

Terdahulu, pemimpin berusia 76 tahun itu memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang di Pusat Peringatan Nirvana 2.

Turut hadir dalam upacara berkenaan adalah Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.

Semalam, Pejabat Yang Dipertua Dewan Negara mengesahkan Mutang, 69, meninggal dunia pada jam 11.46 pagi di Institut Jantung Negara (IJN) selepas menerima rawatan di situ setibanya dari Azerbaijan pada 6 Mei lalu.

BACA JUGA Diarah tidak keluar dari hotel, 300 bakal jemaah Malaysia di Makkah bingung