PM ucap tahniah PH kekal di KKB

Perdana Menteri mengucapkan tahniah atas kemenangan calon Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu, hari ini.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pihaknya turut menghargai kerjasama Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke atas kemenangan itu.

“Tahniah kita menghargai kerjasama daripada Anthony Loke.

“Tahniah kerana menang di Kuala Kubu Bharu,” katanya yang juga Presiden PKR pada ucapan majlis sambutan ulang tahun PKR ke-25, di ibu negara.

Keputusan tidak rasmi menyaksikan PH berjaya mengekalkan kerusi DUN Kuala Kubu Bharu dengan majoriti 3,869 undi melalui calonnya, Pang Sock Tao.

Sock Tao memperoleh 14,000 undi dengan majoriti 3,869 undi berdasarkan keputusan tidak rasmi setakat jam 9 malam tadi.

Rekod tersebut sekali gus mempertahankan DUN yang dimenangi DAP itu sejak Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Setakat 9 malam, PH meraih 14,000 undi, PN ( 10,135 undi); Bebas (188) dan Parti Rakyat Malaysia (PRM) 152 undi.

BACA JUGA Tidak rasmi: DUN Kuala Kubu Bharu terus jadi milik PH