PRK KKB: Polis, tentera menangkan PH
Keputusan undian awal Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) memihak kepada calon Pakatan Harapan (PH), Pang Sock Tao dengan 592 undi.
Dalam pertembungan empat penjuru itu, calon Perikatan Nasional (PN), Khairul Azhari Saut mendapat 156 undi.
Sementara itu, calon Parti Rakyat Malaysia (PRM), Hafizah Zainuddin dan calon Bebas Nyau Ke Xin masing-masing hanya memperoleh satu undi.
Pada 7 Mei lalu, 97 peratus daripada 769 pengundi awal membabitkan anggota polis dan tentera serta pasangan keluar mengundi.
Proses pengundian awal itu berlangsung di dua lokasi iaitu Dewan Serbaguna Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) KKB dan Rejimen Semboyan Divisyen Keempat Infantri, Kem Erskine bermula pada jam 8 pagi hingga 5 petang.
Sehingga ini, keputusan tidak rasmi yang dikongsikan oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki di Facebook rasminya hari ini menyaksikan Sock Tao menang dengan majoriti 436 undi.
BACA JUGA Bangsal panas PN di kubu Pas tengah hari dah tutup, apa cerita?
Â