Selepas Riyadh, PM ‘terbang’ ke Qatar tarik pelaburan ke Malaysia

Selepas kejayaan lawatan kerja di Riyadh, Perdana Menteri meneruskan misinya ke Qatar dalam usaha menarik pelaburan ke Malaysia.

Ini adalah lawatan sulung Datuk Seri Anwar Ibrahim di Qatar selama dua hari dengan antara pengisian utama menghadiri Forum Ekonomi Doha (DEF).

Difahamkan, Anwar akan mengadakan sesi dialog bersama pelabur untuk berkongsi pandangan dan pendirian, dengan Emir Qatar turut hadir sebagai audien.

Qatar merupakan sebuah negara Arab Teluk yang mencatatkan pendapatan perkapita tertinggi di dunia.

Lawatan rasmi Perdana Menteri ini bagi memenuhi jemputan rasmi Emir Qatar, Sheikh Tamim Hamad Al Thani.

Dalam masa sama, lawatan tersebut sempena jalinan hubungan 50 tahun antara Kuala Lumpur dan Doha sejak 1974.

Terdahulu, Anwar memaklumkan kejayaan lawatan kerja ke Riyadh, Arab Saudi bukan sahaja diterjemahkan dari segi pelaburan.

Malah, katanya, lawatan berkenaan turut membina keyakinan untuk syarikat Malaysia diberi peluang terlibat dalam projek besar di negara itu.

BACA JUGA Sudah 53 peratus undi dikira, PH dahului lebih 3,000 undi