Sudah 53 peratus undi dikira, PH dahului lebih 3,000 undi
Keputusan tidak rasmi setakat ini menyaksikan Pakatan Harapan (PH) mendahului dengan lebih 3,000 undi.
Perkembangan itu dikongsikan DAP di platform sosial https://dapmalaysia.org/kkb2024/ setakat jam 8 malam ini.
PH melalui calonnya, Pang Sock Tao pada masa ini mara bergaya dengan 12,576 atau 32 peratus.
Berbeza dengan calon Perikatan Nasional (PN), Khairul Azhari Saut hanya mengaut 8,910 undi atau 23 peratus.
Sementara itu, calon Bebas, Nyau Ke Xin meraih 172 undi manakala calon Parti Rakyat Malaysia (PRM), Hafizah Zainudin mendapat 139 undi.
Jumlah undi yang dikira setakat 8 malam sebanyak 22,816 daripada 40,413 pengundi berdaftar.
Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Bharu (KKB) menyaksikan pertembungan empat penjuru.
Kerusi DUN berkenaan sebelum ini disandang Lee Kee Hiong (PH) selama tiga penggal bermula 2013 hingga PRN lalu.
Walau bagaimanapun, kerusi N.06 itu dikosongkan selepas mendiang meninggal dunia pada 21 Mac lalu akibat penyakit kanser.
BACA JUGA PRK KKB: Polis, tentera menangkan PH