Akhirnya anggota beruniform kembali menyokong kerajaan buat pertama kali
OLEH NORMAN RADZUAN
Ada rakan parti mesej ‘Dekat mana..?’. Maaf tidak hadir ke Sentul kerana saya memilih ke Kuala Kubu Bharu.
Saya tahu ramai rakan-rakan di Sentul untuk meraikan ulang tahun parti ke 25, jadi saya rasa tidak adil tinggalkan rakan-rakan kita yang terus berjuang di KKB.
Selain Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari kelihatan bro Hanafi, Sangetha Kumar juga turut ke sini dan Kamarulbahrin Zahid.
Kami berkumpul di Pejabat UMNO Bahagian Hulu Selangor. Saya kagum dengan sokongan UMNO untuk pilihan raya kali ini.
Mereka begitu bersungguh-sungguh seolah mereka yang bertanding.
Bagi saya selain PH, keperluan UMNO untuk bersama-sama bekerja keras bukan sekadar untuk kemenangan Pang Sock Tao tetapi demi mengembalikan keyakinan ahli UMNO dan orang Melayu bahawa parti itu masih relevan.
Hujan lebat sepanjang perjalanan membuatkan jarak yang hanya 80km memakan masa 2 jam lamanya.
Setiba di sana saya disapa TikTokers terkenal, Wan Mat Hussin seorang anak muda yang berani dan sangat berbakat dalam ceramah-ceramah politiknya. ‘Tak balik lagi’ spontan dari saya.
Saya salute kepadanya sebab dia hadir pada hari Khamis lalu untuk bersama TikTokers, sepatutnya pulang selepas itu tetapi terus bersama hingga saat akhir perjuangan. ‘
Sekejap lagi saya nak balik Kelantan,’ kata Wan Mat Hussin. Saya ucapkan selamat dan terima kasih atas pengorbanan membantu calon.
Anak muda sepertinya yanf kita mahukan bersemangat untuk berjuang hingga ke akhir.
Bercerita mengenai Pilihan Raya Kecil (PRK) ini, jelas menunjukkan sokongan bukan Melayu kepada calon Perpaduan 95%, manakala orang Melayu sekitar 32%.
Lebih menarik akhirnya undi POS atau undi awal buat pertama kalinya kembali menyokong kerajaan memerintah.
DUN Kuala Kubu Bharu PRN2023
PN – 530
PH- 146
Sekarang PRK Kuala Kubu Bharu 2024
PH – 592
PN – 156
Bermakna hasutan perkauman tidak lagi berkesan kepada anggota beruniform di KKB.
Ia signal yang baik dan saya harap usaha berterusan dengan gerakkan I-Lead untuk membawa kembali anggota beruniform bersama kerajaan untuk memastikan usaha reform negara berjaya.
Menambahkan nikmat kemenangan semalam apabila tiga kawasan majoriti Melayu berjaya dimenangi Kerajaan Perpaduan yang dulu dimiliki oleh Perikatan Nasional.
Ia signal kejayaan UMNO bersama sokongan gerak kerja Pakatan Harapan berkempen di kawasan tersebut. Tahniah.
Jika kerjasama ini mampu kekal hingga PRU16 nanti tiada mustahil Kerajaan Perpaduan akan kekal sekali lagi. Kenapa saya kata begitu?
Bertanya kepada saya, antara faktor kemenangan ini berpunca dari kesilapan PN berkempen.
PN berkempen seolah-olah mereka bertanding di Terengganu.
Masyarakat di KKB pertamanya 48% bukan Melayu. Kedua masyarakat Melayu KKB walaupun dianggap luar bandar tetapi mereka adalah masyarakat Melayu semi urban.
Keceluparan Takiyuddin Hassan mencerca PMX sebenarnya memakan diri sendiri. Pas dilihat membawa politik fitnah, mengaibkan dan pasti lari daripada ajaran Islam.
Begitu juga serangan pemimpin-pemimpin pembangkang terhadap PMX sedangkan ia bukan PRU.
Sepatutnya serangan dituju kepada MB Selangor kerana ia soal tadbir urus negeri.
Apabila berkempen lari dari konteks pilihan daya di KKB itu sendiri iaitu permasalahan setempat, rakyat Melayu yang bijak di KKB merasakan PN hanya memainkan kempen sentimen fitnah dan kebencian.
Apa kami rakyat di KKB dapar? Manifesto lewat dari PN.
Sedangkan calon Kerajaan Perpaduan Pang Sock Toa, di setiap ceramahnya tanpa menghina lawan hanya perlu memberitahu manifesto atau agenda yang ingin dibawa olehnya jika menang di KKB.
Itu bezanya pemimpin bijak dengan pemimpin yang bankrap idea hanya tahu mencerca lawan tanpa agenda pembangunan ekonomi.
Mereka bukan bawa politik nilai tetapi hanya politik kebencian antara kaum.
Saya yakin PN panik. Ini kerana mereka sekarang faham kempen perkauman hanya laku di kawasan Melayu, itupun Melayu luar bandar atau desa.
PN gagal menghasut Melayu bandar atas faktor akademik.
PN tahu jika mereka terus berterusan membawa agenda Melayu, mereka hanya mampu paling kuat menguasai 73 kerusi Parlimen.
Jika selebihnya solid kepada Kerajaan Perpaduan bermakna impian mereka untuk menjadi kerajaan musnah.
Melihat politik Sabah & Sarawak yang benci dengan perkauman, PN sebenarnya terjerat denfan mainan politik mereka sendiri.
Agenda perkauman dan agama tidak akan membawa PN untuk pergi lebih jauh kerana rakyat Sabah dan Sarawak 100% menolak ekstrimis perkauman.
Pastinya pemimpin atau kerajaan negeri lebih selesa bersama PH-BN yang dilihat sangat tolenrasi antara kaum.
Buat Kerajaan Perpaduan jangan terlena. Perkuatkan media-media untuk rakyat tidak tertipu dengan fitnah saban hari dari PN. Fokus kepada anak-anak muda yang dianggap pengundi putih.
Saya akan menganilis lebih terperinci jika mendapat perincian jumlah pengundian di PDM berdasarkan pecahan kaum dan saluran undi (umur).
Post mortem perlu dilakukan di mana faktor kemenangan dan kelemahan kita di PRK KKB ini.
BACA JUGA Muda buat eksperimen kaji prestasi kerajaan, tapi akhirnya jadi ‘bahan’ warganet