Muda buat eksperimen kaji prestasi kerajaan, tapi akhirnya jadi ‘bahan’ warganet

Muda menjadi bahan sindiran ramai selepas terkantoi menggunakan ahli sendiri untuk ‘mengundi’ dalam sosial eksperimen yang kononnya mengumpul suara rakyat di Kuala Kubu Baharu.

Pungutan suara itu bertujuan menilai tahap kepuasan hati penduduk di KKB terhadap prestasi kerajaan.

Pungutan dilakukan menggunakan nota pelekat atau sticky note.

Hanya sedikit yang menandakan tahap tidak memuaskan. Kebanyakan menganggap prestasi kerajaan berada pada tahap sederhana.

Namun tahap ‘paling tidak memuaskan’ didapati diundi oleh ahlinya sendiri berdasarkan video yang di muat naik di platform X.

Perkara tersebut sekaligus mengundang sindiran ramai yang ragu-ragu dengan kredibiliti parti itu.

Pungutan suara itu juga diundi tidak sampai 40 orang berdasarkan kiraan nota pelekat di kadbod mereka.

“Ehh tiba. Orang ramai letak (di tahap) sederhana dan puas tiba-tiba puak kau letak banyak stiker dekat paling bawah (sangat tidak memuaskan). Nampak sangat menipu,” kata Ajib di ruangan komen.

“Apa kepentingan Muda buat kajian ini? Calon pun tak ada? Untuk tujuan apa Muda sibuk di KKB? Nak kata parti komponen mana-mana gabungan pun tak. Boleh jelaskan?,” tanya Ridzuan.

Sehingga kini video sosial eksperiman parti Muda ditonton hampir 500,000 kali.

BACA JUGA PH menang di KKB dengan majoriti 3,869 undi