Kenyataan media berkepala surat rasmi UMNO adalah palsu
UMNO menafikan satu kenyataan media tular mendakwa parti itu kini lebih bersifat terbuka dalam pendekatan dan sanggup mengurangkan penekanan eksklusif terhadap keutamaan kaum Melayu.
Ibu Pejabat UMNO dalam satu kenyataan mengesahkan bahawa surat tersebut adalah palsu.
Surat tular itu bertarikh 12 Mei 2024, yang kononnya dikeluarkan atas nama Presidennya, Datuk Seri DrAhmad Zahid Hamidi.
Kenyataan palsu itu yang menggunakan kepala surat rasmi UMNO, turut menyebut bahawa Malaysia harus mencontohi Singapura yang menunjukkan kemajuan pesat dengan tidak lagi terlalu fokus kepada kepentingan satu kaum tertentu.
BACA JUGA Padah komen Type C, ‘admin’ Facebook DFC dipindah ke bahagian lain