Bikin satu Malaysia heboh, geng pemuda bertopeng buat hal lagi
Tiga lelaki bertopeng terus mengundang tanda tanya ramai selepas berterusan memberi sumbangan secara percuma kepada orang ramai di pelbagai lokasi sekitar Kuala Lumpur.
Video mereka mengagihkan barangan keperluan terus tersebar di media sosial dengan sehingga kini tiada siapa mengetahui identiti mereka.
Kumpulan itu pada Mac lalu bikin satu Malaysia heboh selepas mengagihkan 100 ekor ayam mentah secara percuma di sekitar Bukit Bintang Kuala Lumpur.
Apa yang pasti, dikenali sebagai XYZ mission, kumpulan pemuda bertopeng itu memaklumkan mereka adalah orang Islam, namun bukan orang ternama.
Geng bertopeng itu terus menabur bakti apabila dilihat mengagihkan sumbangan di sekitar Bazaria, Pantai Dalam baru-baru ini.
Menerusi perkongsian video TikTok di akaun @xyzteamproject, kumpulan itu terus dikerumuni orang ramai untuk mendapatkan beras percuma.
Penularan video itu mendapat pelbagai reaksi dan pujian netizen untuk mereka meneruskan beri sumbangan, bagaimanapun terdapat netizen yang mempersoalkan tindakan pihak kerajaan.
“Teruskan anak muda, abaikan yang cuba jatuhkan kalian,” komen kampungirl8.
“Terima kasih orang baik. Semoga dilimpahkan rezeki, Amin,” komen @youmeshafinaz12..
Malah ada antara warga TikTok yang mencadangkan pengagihan sumbangan itu diteruskan ke kawasan pendalaman.
“Diharapkan ada yang sampai ke pelosok kampung, macam kawasan kampung saya. Kampung saya ada seorang ibu tunggal bersama anak OKU, motosikal tiada cuma basikal sahaja,” komen @mamarun_2903.
BACA JUGA Pahang umum lima Adun lantikan baru