Cerita selepas PRK KKB: Tidak masuk akal kalau Melayu tolak…

Oleh NORMAN RADZUAN

Saya tidak perlu ulas. Cukup anda membaca sendiri ulasan dari pengundi awal. Hanya saya ingatkan kembali kata pemimpin yang dimaksudkan ‘Pengundi Awal’ itu kenapa PMX bersama dan membela rakyat marhaen.

Katanya…

“Parti ini parti derita,
Diangkat oleh rakyat yang susah,
Tan Sri, orang kaya, tauke-tauke besar tidak bersama kita”.

Teringat saya kakitangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) malah kaum keluarga mereka menulis di media sosial betapa gembira mereka kerana bekerja dalam kerajaan yang tulus tanpa unsur korupsi dan kronisme. Tiada halangan untuk mereka mengenakan tindakan terutama kepada tauke-tauke besar.

Orang Melayu mula memahami Kerajaan Perpaduan yang terbangun atas titah Yang di-Pertuan Agong tidak pernah sesekali meminggirkan agenda Islam dan Melayu-Bumiputera.

Sebab itu Muhyiddin sangat takut jika PMX terus menjadi Perdana Menteri selama lima tahun.

Mana-mana pemimpin dunia yang menentang korupsi akan berjaya membawa negara ke arah kemajuan.

Percayalah 2026 rakyat akan sedar dan nampak reformasi yang dilakukan oleh PMX banyak memenangkan rakyat marhaen bukan lagi menguntungkan golongan kaya.

Kemenangan PH dalam PRK DUN Kuala Kubu Baharu bukti rakyat menolak politik perkauman yang dibawa oleh PN.

Sebab itu PMX sasar subsidi bersasar iaitu fokus untuk membantu orang miskin.

Buat apa kita bantu orang kaya yang hanya bertambah kaya. Orang kaya inilah sekarang yang seperti orang kena sawan kerana pendapatan mereka tidak seperti dulu.

Sudahlah hilang subsidi dinikmati selama ini, hilang pula kroni atau kartel untuk terus mengaut keuntungan kontrak.

Buat rakyat marhaen teruslah menyokong PMX untuk melawan perasuah dan melawan golongan elit atau kapitalis yang mengaut kekayaan atas kekurangan atau kelemahan orang miskin.

Tidak masuk akal orang Melayu perlu menolak pemimpin yang memerangi rasuah habis-habisan.

Tidak masuk akal orang Melayu menolak pemimpin yang membela rakyat marhaen dan bukan berpihak kepada orang kaya yang membuli orang miskin.

BACA JUGA Rupa-rupanya inilah yang Menteri cadang kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar