Satu lagi gerai makan berubah wajah, terima kasih PMX!

Wajah terbaru Kompleks Makan Tanglin dengan ruang menjamu selera yang baharu, mencuri perhatian ramai.

Projek naik taraf kompleks itu telah siap sepenuhnya dengan ruang baharu itu dijangka memuatkan 100 lagi pelanggan.

Seorang pengguna Facebook berkongsi wajah baharu kompleks makan Tanglin yang dahulunya pernah dijadikan lokasi makan tengah hari oleh Perdana Menteri.

“Projek naik taraf Kompleks Makan Tanglin telah siap sepenuhnya di bahagian belakang gerai nasi lemak Tanglin dan ikan bakar Pak Din. Tempat duduk boleh memuatkan 100 lagi pelanggan.

“Terima kasih PMX kerana mengusahakan projek naik taraf ini demi keselesaan rakyat teramai,” kata Mohamed Hadi.

Projek menaiktaraf gerai-gerai makan adalah salah satu tekad Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika beliau baru sebulan mengetuai Putrajaya.

Anwar dalam ucapannya sebelum ini sering berkata beliau tidak berminat untuk membina gedung pencakar langit, sebaliknya mahu memberi penekanan kepada memperindah gerai peniaga dan penjaja.

Beliau juga dipuji selepas memberi tempoh tiga bulan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk membentangkan cadangan memperindah gerai-gerai penjaja.

Anwar yang juga ahli Parlimen Tambun mahukan setiap projek pembangunan menyediakan infrastruktur untuk penjaja dan peniaga kecil berniaga, bukan semata-mata mengutamakan perniagaan besar.

BACA JUGA Anwar beri jawapan terus terang mengenai kasino kedua, ‘Malaysia tidak perlukan!..’