Atlet kayak Malaysia parah diseret pemandu mabuk, pelaku sempat buat isyarat…

Atlet kayak Malaysia, Siti Nurul Masyitah Elias cedera parah selepas dilanggar sejauh 600 meter oleh seorang pemandu mabuk di Lebuhraya Penyuraian Trafik Timur (EDL) di Johor Bahru.

Perkara itu dikongsikan menerusi satu hantaran di laman Instagram Persatuan Pelajar Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (PPJKM), Politeknik Ibrahim Sultan, Pasir Gudang, Johor semalam.

Nurul Masyitah, 22, yang mengambil jurusan Kejuteraan Mekanikal kini dirawat di Hospital Colombia kerana mengalami kecederaan yang serius.

“Menurut saksi berserta rakaman ‘dashcam’, kereta terbabit dipandu dalam keadaan melulu sebelum melanggar Siti Nurul Masyitah yang menunggang motosikal dan kemudiannya menyeret mangsa sejauh 600 meter.

Pelaku sempat buat isyarat peace ketika ditahan

“Mangsa sering berulang-alik dari Politeknik Ibrahim Sultan ke rumah bagi menjaga ibu bapanya yang sakit.

“Ibu mangsa mempunyai masalah tulang belakang akibat kemalangan manakala bapa mangsa tidak sihat dan perlukan rawatan dialisis.

“Mohon doakan agar mangsa dipermudahkan segala urusan dan diberikan kesembuhan,” menurut persatuan itu.

Siti Nurul Masyitah merupakan Atlet Kayat Dragon Boat Malaysia Bronze Medal SEA Games 2023.

Berdasarkan hantaran yang tular dalam media sosial, dapat dilihat beberapa keping gambar ketika kemalangan yang dikongsi termasuk foto seorang lelaki yang didakwa sebagai suspek sedang membuat isyarat ‘peace’.

BACA JUGA Khabar 5 Adun Perlis bakal ditahan, SPRM tampil buka mulut