Khabar 5 Adun Perlis bakal ditahan, SPRM tampil buka mulut
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tampil bersuara susulan laporan mendakwa lima Adun di Perlis bakal ditahan dalam masa terdekat.
Menurut Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas SPRM, Datuk Azmi Kamaruzaman, dakwaan itu buat masa ini adalah tidak betul.
Semalam Harapan Daily melaporkan identiti lima wakil rakyat daripada Pas dan Bersatu didakwa telah disebut anak Menteri Besar Perlis ketika siasatan SPRM.
Sekumpulan anggota SPRM juga dilaporkan sudah berada di negeri itu selepas mendapat maklumat baharu.
Azmi bagaimanapun turut menafikan kedua-dua perkara itu.
“Buat masa ini, dakwaan tersebut tidak betul,” katanya menurut Sinar Harian.
Sementara itu kertas siasatan berkaitan salah guna kuasa dan penyelewengan membabitkan anak kepada Menteri Besar Perlis serta beberapa individu lain, sedang dilengkapkan.
SPRM menjangkakan hasil siasatan diperolehi minggu depan.
BACA JUGA 5 Adun di Perlis didakwa bakal ditahan SPRM dalam masa terdekat?