Gempar lelaki bertopeng serang balai polis, ada yang ditembak dan ditetak
Balai Polis Ulu Tiram di Johor Bahru awal pagi hari ini gempar apabila diserang seorang lelaki bertopeng dan berpakaian gelap.
Kejadian yang berlaku kira-kira 2 pagi itu mengakibatkan dua anggota polis ditembak manakala seorang lagi ditetak.
Dilaporkan, suspek adalah seorang lelaki yang menyerang balai polis berkenaan dengan bersenjatakan parang.
Suspek mencederakan dua anggota polis yang bertugas dan merampas dua senjata serta melepaskan dua das tembakan terhadap seorang anggota yang bertugas menyebabkan kecederaan di bahagian bahu serta perut.
Mangsa yang terbabit dikenali sebagai Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar dan Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said.
Kedua-duanya difahamkan meninggal dunia akibat serangan itu.
Ahmad Azza ditetak di bahagian belakang leher dan kepala manakala Syafiq ditembak di bahagian perut dan lengan.
Sementara itu, seorang lagi anggota polis, Mohd Hasif Roslan cedera parah akibat ditembak suspek.
Beliau kini ditempatkan di zon merah Hospital Sultan Ismail (HSI).
Berdasarkan butiran kes yang tersebar di media sosial, suspek dikenalpasti sebagai Radinromyullah Radin Imran, 34, telah ditembak mati.
BACA JUGA Selepas tular doktor kerja sampai naik pengsan, ini arahan Menteri Kesihatan
Â