Pemimpin cerdik tak tergamak tunggang isu sawah padi ‘ugut’ kerajaan Pusat

Oleh AHMAD MURSI

Sawah padi di Kedah kurang 10 peratus daripada keseluruhan 944,000 hektar keluasan Kedah.

Dakwaan ‘Kedah dipaksa miskin’ kerana sawah padi hanya ‘tantrum’ Sanusi untuk tuntut RM200 juta dari Kerajaan Pusat.

Cara sama seperti kanak-kanak minta gula-gula daripada ayah. Apabila tak dapat, maka bergolek-golek atas lantai tantrum untuk tarik perhatian ayah.

Sanusi masih tak faham, jaga kerajaan ini kena lebihkan diplomasi berbanding konfrontasi. Muka bengis, mulut jahat, hebat depan penyokong tapi kampung tergadai, apalah gunanya?

Sebelum ini, Sultan Kedah dah ingatkan Sanusi bahawa Kedah perlukan bantuan Kerajaan Ppusat dan Sanusi mesti jaga tutur kata. Namun, ia tidak dipatuhi.

Kini Sanusi nak cari jalan mudah gunakan sawah padi dan isu ‘food securiy’ sebagai ‘ugutan’ untuk tuntut wang dari kerajaan Pusat dan menambah pendapatan negeri.

Sama seperti dulu diugut Pulau Pinang untuk sekat aliran sungai kalau tidak bayar pampasan kepada Kedah.

RM4 bilion yang kerajaan Pusat sediakan untuk pembangunan sawah padi di Kedah dikatakan bukan untuk manfaat Kerajaan Kedah.

Mulut sahaja laju buat dosa maki hamun dan Qazaf, tapi otak tumpul dan minda miskin tiada kreativiti. Simptom biasa orang yang rendah daya intelek.

Butakah dia, bertrilion ringgit Kerajaan Pusat belanja untuk bangunkan Kulim Hi-Tech sejak 1996?

Sebanyak 99.1% daripada keseluruhan pelaburan ke Kedah dibawa masuk oleh agensi Pusat ke Kulim. Pembangunan Langkawi juga terima peruntukkan Kerajaan Pusat.

Pemimpin yang cerdik akan cari idea mencari manfaat hasil limpahan kekayaan dari kesemua inisiatif Kerajaan Pusat itu.

Apatah lagi 90 peratus tanah di Kedah masih boleh dibangunkan selain menanam padi.

BACA JUGA Ekonomi era Kerajaan Madani berkembang 4.2 peratus pada suku pertama

Â