Balai polis diserang bukti ‘penyakit’ Khawarij di Malaysia memang wujud
Oleh AHMAD MURSI
Rakyat Malaysia bersedih dengan insiden serangan balai polis oleh Jemaah Islamiah (JI) yang mengakibatkan dua anggota terkorban dan seorang cedera.
Khawarij bersikap ghuluw kerana tafsiran salah terhadap nas agama hingga mewajarkan perbuatan dosa besar seperti membunuh, merompak, qazaf dan lain-lain.
JI percaya mesti tubuhkan Negara Islam mengikut tafsiran cetek mereka.
Khawarij menggunakan isu agama dan akidah untuk mencapai objektif politik.
Awalnya sesatkan akidah, kemudian kafirkan, lepas itu keluar dari taat pemimpin sah, apabila fikrah itu ‘matang’, maka dihalalkan tindakan ganas.
Ketaksuban membiak pantas dan mudah menarik minat individu yang mahu mencari agama tetapi mempunyai ilmu yang cetek.
Sebab itu, ada yang ‘sasarkan anak muda yang jahil agama dan politik’ untuk tanamkan fikrah ghuluw dan takfiri.
Menentang aliran ini berkembang adalah tanggungjawab agama setiap Muslim.
Kerana hal ini, penyakit yang diperingatkan oleh Nabi Muhammad SAW akan muncul dalam kalangan umatnya dalam beragama hingga muncul Dajjal dalam barisan Khawarij.
Pandai al-Quran, kuat ibadah, tetapi ghuluw dan takfiri bermain-main isu akidah memburukkan umat Islam lain.
Mereka terkeluar dari agama seperti anak panah terkeluar dari busurnya.
BACA JUGA Ini sebabnya nama anak Azhar Sulaiman ‘trending’, reaksi bapanya teruk mengundang cemuhan
Â