Perihal ‘drum up’ dan ketaksuban
Oleh LIYANA MARZUKI
Dalam komunikasi politik, trick propaganda yang paling mujarab ada dua:
1) Cerita yang simple dan mudah hadam;
2) Ia disampaikan secara berulang-ulang.
Ini digelar “drum up”.
Kita bagi contoh dalam alam maya sekarang. Kes Perdana Menteri diulang-ulang,disebut oleh laskar maya. Tambah lagi dibuat branding jelik #waliwat dan #walawati
Sebabnya mudah, nak propaganda itu melekat di otak.
Puak yang sama dulu gunakan hashtag #semburit untuk menganjing seorang bekas Menteri.
Namun, kerana sudah sekolam, kita sudah kurang dengar mereka menyebutnya. Bila sudah sekolam, semuanya suci jua.
Samalah dengan “Hoi ya hoi”, “penyamun” dan “perompak”. Apabila UMNO sekarang jadi king maker, mana ada parti lain berani berkata.
Ini termasuklah PM paling lama, si “penyamun” itu dikasihani pula.
Strategi drum up ini bukan sahaja digunakan dalam komunikasi politik, malah sangat berguna dalam brainwashing ekstremis.
Coraknya sama saja. Benda tak masuk akal, diulang-ulang kepada mereka, ia melekat terus di otak. Apa pun benda mereka akan percaya.
Semalam negara digemparkan dengan serangan pengganas di Balai Polis Ulu Tiram. Pengganas itu dipercayai ahli kumpulan radikal Islam.
Menyerang berseorangan hanya berbekalkan parang. Siap dalam beg dibawa tangkal. Nescaya sudah kena brainwash dia akan jadi kebal.
Ini bukan isu kecil dan boleh buat main-main. Bila mana ekstremisme bertapak ia mudah berkembang bila-bila masa. Takut orang awam terkorban jua.
Ini kumpulan yang sama buat pengeboman Bali dan JW Marriot. Mengorbankan beratus nyawa dan merudumkan ekonomi negara.
Ketaksuban
Semalam mangsa yang terkorban, tiga orang muda, 21 tahun semuanya. Dua orang polis yang meninggal dunia mempertahankan balai.
Kedua-dua anggota polis berkenaan diparang dan ditembak oleh seorang pengganas muda, yang merupakan mangsa juga.
Beliau mangsa drum up radikal kumpulannya.
Bagaimana mereka boleh berfikir ini perjuangan atas jalan Allah, apabila yang dibunuh itu saudara seagama?
Tambah lagi, dibawa tangkal hikmah, pelindung diri menjadi kebal. Ada gelar ia satu bentuk khurafat, yang syurga pun tak boleh dekat.
Celakalah mereka yang gelak atas kematian ketiga-tiga mangsa ini. Sebab ketaksuban, sudah hilang sifat insani.
Mana-mana pemimpin negara yang menghalalkan tindakan gila ini, tambah berdolak dalih, atas alasan agama, wajib kita tolak tepi.
Merekalah penjahanam negara sebenarnya. Lagi teruk dari pengganas muda tadi. Moga Allah lindungi negara ini dalam tika ekstremisme bertapak kembali.
BACA JUGA Dua ditahan konon mahu jumpa Agong, polis jumpa ini dalam kereta