Banyak kali bawa ke Parlimen, Sany harap kali ini kerajaan pertimbang permintaannya
Ahli Parlimen Hulu Langat, Mohd Sany Hamzan berharap Kerajaan Persekutuan dapat memberi lebih peruntukan kepada Selangor, terutamanya di kawasan Hulu Langat.
Beliau berkata, dengan peruntukan yang lebih, ia dapat digunakan untuk menaik taraf jalan, khususnya di daerah berhampiran Kuala Lumpur, Putrajaya dan Cyberjaya serta Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
“Setiap kali sidang Parlimen saya bangkitkan isu besar di Hulu Langat ini.
“Sebagai contoh, persimpangan Pekan Batu 14, simpang Batu 9 dan isu jalan di Semenyih, terutamanya di Pekan Semenyih yang menjadi laluan utama ke Beranang dan Bangi Lama.
“Saya minta kerajaan lihat jalan-jalan ini dan kalau boleh dinaik taraf,” katanya memetik Sinar Harian.
Menurut Mohd Sany, kawasan parlimennya itu juga sedang pesat membangun dan terdapat banyak projek perumahan didirikan di sana.
Katanya, permintaan itu wajar dipertimbangkan kerana Selangor menyumbang 25 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
BACA JUGA Anggota Malbatt bertugas di Lubnan meninggal dunia
Â