YADIM, Pertubuhan Perundingan Buddha Malaysia jalin hubungan erat rentas agama

Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) pada semalam menghadiri program Malaysia National Wesak High Tea 2024 yang dianjurkan Pertubuhan Perundingan Buddha Malaysia sebagai menyantuni hubungan erat yang terjalin antara keduanya.

Menerusi satu hantaran di Facebook rasmi yayasan itu, program berkenaan dihadiri Yang Dipertua YADIM, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus

Pertubuhan Perundingan Buddha Malaysia sebelum ini kerap turun padang bersama YADIM dalam program-program kebajikan umpamanya.

Menurut YADIM, program sedemikian menggambarkan kesatuan dan keharmonian dalam pelbagai latar belakang di negara ini apabila bukan sahaja pengisian program, malah tetamu undangan yang dijemput juga daripada pelbagai agama dan lapisan masyarakat

Timbalan Menteri Perpaduan, Senator Saraswathy Kandasami hadir menyempurnakan majlis.

“YADIM akan terus menyokong dan bersama sama melestari gerakan dakwah merentasi pelbagai agama dan lapisan masyarakat,” kata laman itu.

BACA JUGA Banyak kali bawa ke Parlimen, Sany harap kali ini kerajaan pertimbang permintaannya