10 berita ekonomi Madani yang walaun bengang minggu ini
Oleh AHMAD MURSI
Ini antara punca kenapa PN-Pas terus memainkan isu agama dan kaum untuk menutup siri-siri kejayaan ekonomi Madani yang mula menunjukkan hasil pada suku pertama 2024:
1) Pelabur asing pembeli bersih di Bursa Malaysia dengan nilai RM873.9 juta minggu lepas dan hampir RM1 bilion minggu sebelumnya.
2) Bank Negara Malaysia (BNM) memaklumkan bahawa ekonomi Malaysia dalam landasan untuk mencapai sasaran pertumbuhan sehingga 5% tahun ini.
3) Lebihan baki akaun semasa Malaysia suku pertama 2024 pada jumlah yang lebih tinggi iaitu RM16.2 bilion.
4) Perbandingan pertumbuhan ekonomi suku pertama 2024 Malaysia: 4.2%, Indonesia: 5.11%, Singapura: 2.7%, Thailand: 1.5%.
5) Malaysia mengatasi Thailand sebagai negara kedua terbesar pasaran automotif.
6) Pertumbuhan ekonomi Malaysia suku pertama 2024 ialah 4.2 % melebihi jangkaan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) pada 3.9%. Pada suku 4 2023 ialah 2.9% sahaja.
7) Ringgit menunjukkan trend mengukuh tahun ini dan hari ini mencecah RM4.68 berbanding USD dengan jangkaan penurunan kadar faedah US.
8) Nilai dagangan Malaysia naik 12.1% kepada RM221.74 bilion dan eksport meningkat sebanyak 9.1% pada April 2024.
9) Microsoft umum pelaburan RM10.5 bilion di Malaysia.
10) Indonesia menyalahkan Malaysia dan Singapura punca industri semikonduktornya lemah. Malaysia kini menjadi ‘kuasa besar semikonduktor di Asia Tengara’ kerana hubungan baik dengan Timur dan Barat.
BACA JUGA Lonjakan kes Covid-19, ini jaminan Kementerian Kesihatan
Â