Selepas cipta pencapaian tertinggi, pelaburan asing ke Malaysia dijangka melonjak lagi
Rekod pelaburan asing ke Malaysia dijangka melonjak lagi dengan penyertaan beberapa negara lain selepas penyertaan Australia, Jerman dan Perancis.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjangkakan jumlah pelaburan akan meningkat dengan penyertaan negara seperti Arab Saudi, Qatar dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Bagi Mac tahun ini sahaja, Malaysia berjaya menarik potensi pelaburan asing berjumlah RM76.1 bilion, di mana Australia (RM24.5 bilion) serta Jerman dan Perancis (RM46 bilion).
“Malaysia berjaya merekodkan pencapaian tertinggi dalam sejarah negara tahun lepas dengan pelaburan langsung yang diluluskan sebanyak RM329.5 bilion, atau 23 peratus lebih tinggi berbanding tahun 2022.
“Insya-Allah, rekod tahun ini akan dilonjakkan lagi dengan penyertaan Arab Saudi, UAE dan Qatar,” katanya dalam Perutusan Negara yang disiarkan secara langsung malam ini.
Beliau pada masa sama menyedari ada yang memperlekeh nilai pelaburan ini sebagai omong kosong atau tiada pulangan kepada rakyat.
Namun kata Anwar yang juga Menteri Kewangan, ia adalah tidak benar kerana kerajaan MADANI sedaya upaya memastikan segala pelaburan direalisasikan pada masa ditetapkan.
“Umpamanya, kemajuan bagi pelaburan diluluskan sebelum ini berada pada landasan yang betul iaitu 75.5% projek perkilangan yang diluluskan dari tahun 2021 hingga 2023 telah siap atau sedang dalam pelaksanaan.
“Nilai kerja pembinaan peringkat awal juga adalah tinggi iaitu RM31.5 bilion (2023) ketimbang RM26.3 bilion (2022).Â
“Hasil pelaburan ini melambangkan keyakinan baharu pelabur kepada pengemudian ekonomi negara saat ini berpandukan Ekonomi MADANI,” ujarnya.
BACA JUGA Penyasaran subsidi diesel hanya di Semenanjung, tapi ada berita baik untuk pengusaha bas, teksi
Â