Bekas Setpol Hamzah Zainudin didakwa terima rasuah RM350,000

Bekas Setiausaha Politik kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas dua pertuduhan menerima suapan RM350,000 empat tahun lalu pada tahun 2020.

Bagaimanapun Sayed Amir Muzzakkir Al Sayed Mohamad, 42, yang hadir dengan memakai kot berwarna biru gelap mengaku tidak bersalah.

Dia membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Azura Alwi.

“Faham, mohon dibicarakan,” kata bekas Setiausaha kepada bekas Menteri Dalam Negeri terbabit.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua tertuduh didakwa menerima wang rasuah itu daripada seorang pengarah syarikat masing-masing RM100,000 dan RM250,000.

Ia sebagai upah bagi mendapatkan tender Perkhidmatan Penyelenggaraan Dan Pembekalan Alat Ganti Bagi Peralatan Infrastruktur, Server, Perisian Dan Radio Pengguna SistemRMPNET Untuk Polis DiRaja Malaysia (PDRM)/KDN bernilai RM381,112,042.44.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah pejabat Yayasan di Solaris Dutamas pada 4 dan 16 Disember 2020.

Dua pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 16 (a) (A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 (1) akta sama.

BACA JUGA Anak MB Perlis tak mengaku salah buat ‘claim’ palsu babit minuman Raja

Â